Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum

haihaihai...

Salam Syawal

Dah pun masuk 2 Syawal..Gembiranya berhari raya semalam kan...Macam2 dah jenis makanan masuk dalam perut ni..

Entry ni bertujuan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua sahabat2 alam maya Miss Ekin..hehehe....

Mintak Ampun Zahir & Batin kalau ada tersalah comment ke..Terasa hati dengan comment Miss Ekin ke..hehehe
`
So so so nak story2 lah sikit pasal raya semalam kan...Miss Ekin dah ready iron 5 helai baju...wah!!Tapi 2 helai lagi bukan baju raya pon.. Baju dah penah pakai sebelum ni..saje je spare kot2 tak sempat nanti grab je terus...heee

Raya pertama pon Miss Ekin dah sentap 2 helai baju..Pagi2 raya tak pakai baju raya sebenar lagi..Pakai baju lain dulu..Yelah nak ke masjid untuk Sembahyang Raya & jugak buat kerja kat dapur...Kalau pakai baju raya yang sebenar nanti kotor pulak kandok main2 kat dapur nun..Bila nak berjalan berhari raya barulah tukar pakai baju raya sebenar..



:: ini bukan baju raya sebenar ::

:: haa ni baru baju raya sebenar ::






Sunday, August 28, 2011

Iftar Bersama Ex SKT

Assalamualaikum

haihaihai....

Hari ni dah pun hari ke 28 kita berpuasa kan..Kalau raya tahun ni jatuh 30 hb so tinggal sehari je lagi kita semua nak berpuasa..
Soobbss...

Seperti yang dinyatakan dalam entry sebelum ni yang Miss Ekin nak update pasal Grand Iftar dengan dak2 sekolah rendah nu...

Tapi Grand Iftar tu yang semalam punye la..Hari ni baru nak upload haa..Tak menyempat la semalam..

So jom! !Let's begin the story..

Semua yang hadir memeriahkan majlis semalam adalah seramai 14 orang..14 orang ni Miss Ekin nak cakap they all memang sempoi & sporting habis..Yang selebihnya tu tak tau lah nak komen apa..Cuma 1 ja pesanan dari Miss kin kalau next year we all organize event pape jemputlah hadir ea..Tak larat nak jemput u olls dah tau...Semua taknak join...Sedih arr camni...Sentap arr sentap arr...
Y__Y


:: Ala ada 12 je?Lagi 2 orang lepas berbuka derang terus balik..Ada hal katanya ::

:: Masa berbuka...Sedap makanan2 ni...Macam biasa 3 orang sahaja wanita yang hadir ::

:: Nani, Ned, Ekin ::

:: Gambar sempena Merdeka pulak..Asyik raya ja kan ::

:: Apek, Ekin ::

:: Kami nampak Pink kan..teheee ::


Selepas we all berbuka di SRI IMPIANA INN Kulim we all pun terus ke KULIM LANDMARK CENTRAL sebab agenda seterusnya adalah untuk main bowling...

Macam2 adegan dapat disaksikan masa we all main bowling ni...

Ni haa scoreboard we all...Miss Ekin hebat jugak lah kan dapat 104..Ada hero2 yang tak sampai 100 pon...Katanya sapa yang score tak sampai 100 points kena balik jalan kaki...Nampaknya macam ada yang balik jalan kaki kan semalam..hahahaha

:: Team ni takda yang kena balik jalan kaki nampaknya ::

:: Team ni nampkanya ada 2 orang calon balik jalan kaki..Hahaha ::


Lepas dah enjoy we all pun membawa haluan masing...Miss Ekin & Miss Nany pegi shopping2 skit mana yang patut..Kan nak rayer...heee...Then we all terus balik..

On the way balik tiba2 Encik Abang call nak ajak ke Uptown Bandar Perda..Dan2 nak ikut tau..mana boleh tak ikut kan..Punya lah ramai orang kat situ..Dengan jam macam jalan nak ke Jalan TAR..Dahsyat wey..We all terpaksa park kereta jauh & terpaksa jalan kaki je..We all kat situ sampai pukul 3 pagi..wohhooo...Shopping sakan aih.Sampai kat rumah dalam pukul 4 pagi & terus we all sahur..ye lah takut tak terjaga nanti..huhuhu

Akibat daripada pulang ke rumah pukul 4 pagi so Miss Ekin telah mengalami demam selesema & batuk...Kaki pun terasa seperti nak paralyse.uhuuuu

Anyway semalam menag hari yang menyeronokkan dan memenatkan..fuhh...

Tq to sahabta2 yang sangat best...Tq jugak kepada Encik Abang & Puan Kakak kerana sudi membawa saya jalan2 sakan..ngeee

Tata

Friday, August 26, 2011

Salam 27 Ramadhan

Assalamualaikum

Rasa teruja untuk beraya semakin terasa..Seperti yang dirancang hari ni Miss Ekin telah mengemas ruang tamu kedua..Penat jugak lah nak mngelap semua perabot & mop lantai..Then pasangkan sarung kusyen..Kuning meletik..hahaha...hentam sajalah...


:: ini jelah yang habis kemas boleh buat kat ruang tamu ni..ok lah kan ::

Baru ja selesai & sekarang tengah berehat jap..Lepas ni nak ke dapur untuk masak sup daging. Teringin nak asah bakat masak sup daging plak hari ni..Yelah semakin dekat hari nak balik kampus semakin teringin nak cuba masak macam2..Dulu masa awal2 balik rumah taknak pulak kau memasak kan Miss Ekin??haha...

Walaupun hari ni Miss Ekin tak berbuka di rumah tapi beliau tetap ingin memasak..Hari ni Miss Ekin ada Grand Iftar dengan sahabat2 sekolah rendah beliau..Grand sangat kah??err xlahh..13 orang ja yang nak join..Takpelah boleh eratkan ukhuwah kami bertigabelas..hehehe..

Macam biasa Miss Ekin & Miss Nany lah yang meng'organize' Grand Iftar ni..We all akan berbuka di SERI IMPIANA INN..We all pilih buffet yang harganya sangat berpatutan..Rm 9.90 per head..Jimat bukan??Yelah akibat duit yg dh meleset dek bershopping raya so kena lah berjimat pulak..kikiki...

Anyway nanti lepas the event Miss Ekin akan update kisahnya ok..

Tata semua...Salam 27 Ramadhan

Dapat Header Baru..yeeaayy

Assalamualaikum

sioknyaa sioknyaaa...

Selama Miss Ekin berblog ni (macam lama tapi tak *__*) ni adalah header ke2 Miss Ekin..Yang first dulu diberikan oleh sahabat baik Iela..tq sayang ♥

Yang 2nd ni plak diberikan oleh Encik abang..Lama dah dia dok buat header ni tapi asyik macam2 tak kena..itu lah ini lah...Sampaikan Encik Abang cakap Miss Ekin macam bos dia.. cerewet!!..aiyaarrkk!huhuhuhu... Kalau nak yang terbaik kena la cerewet skit kan.hee...Anyway tq Encik Abang!=)

Mai nak buh skit gambaq dia bagi siookk jugak..hee

::Alah dia takmau pandang pulak..maaflah..hee::

Header baru ni ala2 nak describe everything pasal Miss Ekin la..
Ada gambar laptop Toshiba Miss Ekin & Nokia C3 Miss Ekin.
Then ada gambar tooth structure yang melambangkan Miss Ekin ni Dental Student. Then yang handbags, make up, high heels tu melambangkan benda2 yang Miss Ekin suka..Tak lupa jugak gambar bershopping tu..Miss Ekin suka jugak yang tu..hee...

Then yang gambar2 Miss EKin tu saja lah..Dah blog Miss Ekin mestilah buh gambar Miss Ekin kan...tehehehe....

Tq banyak2 to my bro yang sudi menyiapkan header ni..

Tata



Dah 26 Ramadhan!!

Assalamualaikum

Dah sampai Ramadhan ke 26 dah..Maksudnya dah tinggal berapa hari je lagi kita nak menunaikan ibadah berpuasa ni..Rasa sekejap pulak masa berlalu kan..Semoga segala ibadah kita di bulan mulia ni diterima oleh ALLAH…amin…

Hari ni memang penuh dengan manfaat..Nak tau kenapa?Sebab Miss Ekin tak curi2 nak tido waktu petang..Kalau tak mesti nak tido petang..Yelah penat puasa kan..eleh eleh..**

Hari ni bangun tido terus mengemas rumah..Hari ni matlamat nak kemas ruang tamu depan aje…Esok rung tamu kedua then lusa dapur plak..Bilik dah kemas semalam..*patutlah tido semalam rasa cozy ja..erkk!!*Memang berkemas sakan lah Miss Ekin ni..

Ni haa yang Miss Ekin buat tadi:

  • Sapu sawang kat siling
  • Bersihkan semua cermin & hiasan yang tergantung kat dinding
  • Lap almari,kabinet,rak kasut,kerusi,meja
  • Mop lantai
  • Cuci alas meja & kabinet
  • Gubah bunga (reti ka?hentam jelah..)

Haa nampak tak betapa tekunnya Miss Ekin mengemas?Nasib baik Encik Abah & Puan Kakak sudi menolong..tq!!

Lepas dah siap mengemas dalam pukul 3 petang Miss Ekin pun pergi ke kedai untuk membeli barang yang sepatutnya untuk dibuat MEE REBUS..wohhooo dah pandai masak Mee Rebus...dah boleh kawen..ngee

Then Miss Ekin pon berkampung la pulak kat dapur demi untuk menyiapkan Mee Rebus untuk dijamu ketika berbuka nanti..

Jeng jeng jeng….dah siap!!


: :Encik Abang cakap sedap..boleh buat jual..huhuhu: :

Lepas dah siap masak Miss Ekin pon siap2 lah berhidang untuk berbuka..Haa tengok2 tak tidor pun tauu..tabah betul..Walaupun pinggang rasa macam kena baling dek tayar lori namun beliau tetap tabah & tak tidor..huhuuhhu

Then malam pulak Miss Ekin berazam untuk mengemas beg untuk dibawa pulang ke kampus nanti..yelah cuti pon dah tinggal 1 minggu ++…

Soobbsss

T____T

Semalam beliau dah berjaya melipat dan mengemas semua shawl2 tau..Sekotak jugak lah hasilnya..tengok ni


: :Haha banyak giloss..Tapi Miss Ekin tak lah nak bawak balik sekotak ni ke Kuantan..bawak mana yang patut ja kot..Kalau nanti rasa semua ni patut then bwak semua lah..ngeee: :

Matlamat malam ni pulak



: :Aahh selerak nya…Ni baju2 yang dibawak balik 3 bulan lepas dari Kuantan..Biar ja dalam bagasi sebab almari tak muat nak letak semua ni..Bila nak pakai je amik dari bagasi..Tu yang selerak skit..At least boleh cover selerak ni dengan menge’zip’kan aje bagasi ni.heheheehe: :

Yang ni pun taklah nak bawak semua balik Kuantan..Bawak sikit je dah..Patah tulang temulang kalau nak angkut semua ni..huhu..

Walaupon azam malam ni kemain lagi tapi Miss Ekin tak start pon lagi mengemas..Bagasi still terbongkang &tak kemas2..Sempat lagi ber’blog walking’ & taip entry panjang berjela ni..huhuhu…

Ok dah nak habis..Nak pegi kemas lah ni..

Huuu…Tata *__*

Wednesday, August 24, 2011

Kuih Raya Dah Siap!!

Assalamualaikum

haihaihai...

Sungguh gembira hati ini sebab 8 jenis kuih raya yang diidamkan telah pun siap...Siap dibaham pun ada..puhahaha....

Resipi kuih yang ke-8 tadi sebenarnya Cornflakes Milo..Tapi tiba2 terjadi CORNFLAKES BADAM..huurrm??hentam sajalah asalkan rangup krokkrek krokkrek..kikiki

Maka dengan ini esok saya boleh start mengemas rumah..Nak start dari mana pun confius..Depan ke belakang?Belakang ke depan??urrmm....tengoklah cemana nanti eh...Ntah2 tak kemas pun..adooiiyaii..haha

Semakin hampir Hari Raya semakin sedikit hari2ku di rumah..Dah nak kena sambung blajo balik..Dah nak habis my precious leisure time..Masa untuk focus belajar pulak semakin hampir..
Tabah je lah Miss Ekin..


Soooobsss

Y__Y


Tuesday, August 23, 2011

Sembuhlah Wahai Hati







Wahai HATI...

Bersabarlah...

Bertenanglah....

Walapun perit dugaan ini...

Tabahlah dikau menempuhnya..

Nescaya ada Hikmah terselit di sebalik kelukaanmu itu...

AKU akan berusaha segigihnya untuk memeliharamu wahai HATI..

AKU akan bersusah payah demi untuk memujukmu wahai HATI...

Berikanku sedikit waktu wahai HATI....

Semoga ALLAH sentiasa melindungi mu...



Monday, August 22, 2011

-MENANGIS LAGI-

Aku terluka
Ku sangka tak mungkin terjadi sekali lagi
Dulu kau kata
Tak mungkin aku kan kecewa
Hatiku akan kau jaga

Pernah ku sangka
Inilah cinta yang terindah dalam sejarah
Apakan daya aku yang menanti pelangi
Mengharap engkau yang pasti

Dan aku menangis lagi
Kecewa untuk kesekian kalinya
Dan kisah cinta yg luar biasa
Habis kau ragut semua
Kejam dirimu

Aku kecewa pedih
Tak mungkin dapat kau faham sakitnya
Kata-katamu lah punca segala
Cinta kita kau persenda
Pergi kau pergi
Tinggalkan aku menangis lagi


Apakan daya
Aku si bodoh yang percaya kata-katamu
Puas didepan mata
Terbukti engkau lah pendusta
Bagimu hatiku tiada makna


T______T

Kisah Ramadhan Miss Ekin

Assalamualaikum

haihaihai...

Walaupun dah masuk 22 Ramadhan , Miss Ekin tetap nak cerita kisah Ramadhan beliau..Lambat nawww!

*___*

Masa awal2 Ramadhan dulu tak banyak sangat kisah menarik yang nak dikongsikan sebab Miss Ekin masih lagi bekerja di butik baju tu..Hari ke 15 puasa baru Miss Ekin brenti koje haa ..Miss Ekin brenti awal sikit sebab beliau sangatlah berkobar kobar untuk membuat kuih raya...Kemain tau...

Beliau telah membuat list kuih2 raya yang bakal beliau usahakan..8 semuanya...Moh kite tengok nama2 kuih raya yang telah selamat berada di dalam balang dan yang akan berada di dalam balang..atau tak sempat pon nak masuk balang..heee

  1. Biskut Nestum tak cantik tapi sedap wooh!! -DONE
  2. Shortbread Heart yang presentation hampeh (soobbss) -DONE
  3. Biskut Aiskrim yang ummpphh! -DONE
  4. Tart Nenas sedap tapi sikit pulak..erk (T_T) -DONE
  5. Almond London yang memenatkan.. -DONE
  6. Biskut Suji -undone
  7. Biskut Ho Ho Horlicks (macam sedap je nama ni) -undone
  8. Cornflakes Milo -undone

So diharapkan agar Miss Ekin istiqamah dalam menyiapkan lagi 3 jenis kuih tu..Kemudian barulah beliau boleh dengan tenangnya mengemas rumah...

Bila pulak nak buat persiapan balik Kuantan??Dahlah 5.9.11 Miss Ekin ade klas 8-5..mak aih...

Y___Y

Nak nangis berdarah arr camni...soobbbss..

nota kaki: doakan Miss Ekin tabah untuk menerima pelajaran pada Syawal ke 6 nanti...

sambung nangis arr

T___T

Wednesday, August 17, 2011

"SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER"

ASSALAMUALAIKUM

Miss Ekin nak join segmen ni...yelah...newbie macam Miss Ekin ni kena lah menambah kenalan...moga2 lepas ni bertambah lah teman blogger Miss Ekin..Jom lah join sama2...
Klik header di bawah

V

V

V



Nama panggilan Blogger : MISS EKIN
- Tarikh mula berblog : 24 JUNE 2011
- Rakan blogger terkini : 56 (sobbs T__T)
- Target tambah rakan blogger : INFINITY ~~~

cepat2 join sebab segmen ni tutup kul 11 pm japg...ade lagi sejam...hik3...

tata~~

Monday, August 8, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang

ASSALAMUALAIKUM…

Haihaihai….

Mesti u olls ingt I buat entry ni nak wish birthday my bf kan…nope!!Takkan bf je layak dipanggil sayang..Encik Abah pun layak dipanggil sayang malah lebih dari sayang pun boleh kan.

Entry hari ni Miss Ekin teruja dan bersyukur sangat..Semalam 8.8.11 adalah birthday Encik Abah (TAJUDIN MAT) & jugak Miss Ekin! !. Untung sangat sebab birthday kami jatuh pada tarikh yang sama..Encik Abah lahir pada 8.8.1955 dan Miss Ekin pulak lahir pada 8.8.1990…*cute tak kami cute tak kami…ngee*

Semalam sedang asyik berbuka puasa tiba2 Encik Abang balik sambil menyanyikan lagu birthday dan membawa sebiji kek…al maklum lah bulan2 puase ni xleh nak celebrate siang2…so waktu berbuka lah derang celebrate…TQ so much to my Encik Abang & Puan Kakak Ipar yang buat surprise celebration ni..I sayang u oll sangat2

*_____*


Happy birthday abah & adik a *sebutan adik a tu adik arrr..haa baru betul*>_<


birthday boy & birthday girl *macam kanak2 pulak birthday boy kan..kikiki*


scene ni kelakar sangat..cer tengok Si Anak kemain gelak haa


ni ha Encik Abang & Puan Kakak Ipar...TQ so much!!




Puan Kakak Ipar kalau posing2 dia suka..haha


Last2 derang yang lebih tau..Anyway tq to both of u for the surprise



MOOD: I LOVE MY FAMILY MORE THAN ANYTHING!!

*_____________*

Kesian mak takleh nak join sebab mak sakit pulak...Tapi takpe sebab kek ada banyak lagi..heee..Semoga mak cepat sembuh..AMIN


Sunday, August 7, 2011

REUNION SK TERAP PART 4

ASSALAMUALAIKUM

Haihaihai…

Dah sampai PART 4 dah kisah REUNION SKT ni kan…tapi I enjoyed doing this because my beloved friends love to read this..TQ guys!!

This maybe the last part for me to share with u all guys..Kalau u all nak recall balik part2 sebelum ni boleh klik kat bawah ni

PART 1

PART 2

PART 3

Kalau kat Part 3 tu sampai cycling je kan..So dah habis dah all 5 activities yang included dalam pakej kami..Lepas cycling tu we all buat aktiviti sendiri je…Kitorang mandi manda pulak..macam kanak2 kan..tp we all enjoy…Even mandi dalam swimming pool je pun…Jom kita tengok


Konon2 pose Majalah Mangga….puahaha…


Miss Nany nak lemas tu..Miss Ekin dok tolong ler…aceceyh

Pic dak dak laki yang lain2 macam xsanggup je nak letak..hee…

Then we all pun siap2 nak balik…we all naik bot balik pukul 6 petang..atas bot pulak macam2 ragam dak dak ni…jom tengok


Kalut dah nak keluarkan kamera bagai,,,huu


seronok naww


macam2 kan derang ni,,

Si cantik manis bertiga ni pun taknak kalah u olls..

Then sampailah kami ke jeti… menyempat lagi tau..tengok ha tengok ha




After that we all tak terus balik sebab bukan senang nak hang out cenggini kan..Lagipun we all kena membaham kek yang di’sponsor ‘ Miss Nany…thanks much to her..Then we all decided nak lepak2 tepi pantai depan QUEENSBAY MALL

Wajah tak sabar nak baham kek..tapi tak habis pun...huuu


kalau kat FB dak dak ni cakap pic ni Imran dok jampi Mina...hahaha...nampak dak yang baju belang belakang Miss Ekin tu...haha


ok bye dah nak gerak

Then we all pun masuk Queensbay Mall buang2 masa jap,,,huhu,,,Then sebelum balik we all makan2 skit then trus pulang ke rumah masing….itulah al-kisahya reunion we all yang tergempak setakat ni…INSYAALLAH next time we all buat yang lebih gempak k…tunggu jemputan dari Miss Nany & Miss Ekin..heeee


Sempena umur kita 21…yes we will be forever 21 *jiwa & raga je la yang 21..rupa xleh bohong..huuu*


Last of all…This is us..This will be the best moment ever in our life…With ALLAH’S will INSYAALLAH we’ll meet again soon…TQ GUYS!!

Soobbbssss….

T__________T

Much of love: EKIN

TQ for reading >_<

Friday, August 5, 2011

REUNION SK TERAP PART 3

ASSALAMUALAIKUM

Haihaihai....

Ok kengkawan hari ni kita proceed dengan PART 3 pulak....PART 2 semalam setakat suspension bridge ja kan.. So PART 3 ni akan dimulakan dengan FLYING FOX...Best lah...first time Miss Ekin buat benda ni..wall climbing & rapelling Miss Ekin dah penah buat sebelum ni...So takdelah teruja macam ni..Yang lawaknya semua pakat2 xmau buat dulu..Semua taknak jadi yang first..Akhirnya Encik Apek lah yang jadi lucky No. 1.hahaha..So we all sruh dia bwak kamera..boleh lah dia snap2 picture orang len yang sedang ber'flying fox' tu..maka pic dia pun xda sapa lah yang nak snap..maaflah Apek...heee...mari menikmati gambo >_<



Orang ke 2 selepas Apek landing


Orang ke 3..Cik Mina comey


Miss Ekin yang ke4..nampak dak nampak dak dia dok syok tuh..haha


Nu depa kat sana nu,,,satgi depa mai la...


Ha dah sampai pun yang lain2..

Bila dah habis flying fox we all pun pergi lunch & rehat..Next activity started at 2.30 pm..so boleh la we all rehat & solat.

Anyway masa on the way balik nak ke cafe sempat lagi we all mnge'pose' sana sini..macam2 hal lah..Siap buat self timer bagai...


Usaha pertama buat self timer..ABSOLUTELY GAGAL!!


Usaha kedua,,,dah bebai2 tau Miss Nany..haha

Hasilnya....tarrrrraaaaaaaaaa

Dah jadi tapi kurang memuaskan


Akhirnya jadi dan memuaskan..teeeheee



Sempat lagi melepaskan gian zaman kanak2…


Dah2..jom p makan nu

Then kami pun mengisi perut yang dah mula ber cak limpong ni...makanan dia banyak & sedap2...perrgghhh kata kau...hahaha


Masa ni lah Encik Iqram mendapat nombor telefon Cik Mina...Sampai dah balik nak sampai umah pun derang mesej tak habis tau u olls..heee


Tengok haa meja dak dak ni makanan melampau lampau..habisnya tidak,,haiisshhh

Dah habis makan we all pun rehat2 & solat sambil menunggu tetamu kehormat Si dak Wafi & dak Fifi..lambat btul derang...yang best nya derang siap tipu2 sunat kat cikgu kata bot rosak..tup2 dengan bangganya sampai dah kat lobby....sekeh jugak derang ni kalaw cikgu xsabar..hehehe

Masa rehat2 tu macam2 ragam dak2 ni...nak tengok?jomm


Ada yang main congkak u olls..style kan derang ni,,hat sorang lagi siap2 tido2 lagi...sempoi r


Ada yang melayan citer Hindustan lagi...Dilwale Dulhania Le Jayengge dohh..haha


Akhirnya sampai jua tetamu kehormat kita,,,,cikgu memang dah bebai dah akibat ditipu dak dak ni..nampak dak cikgu nak baling tshirt tuh...huhuhu

Finally coordinator pun datang lah mengajak kami untuk aktiviti seterusnya which is jungle trekking..Tapi setelah mencapai kata sepakat kami pun bersetuju untuk cycling around the island. Selalunya kalaw nak sewa basikal tu RM 10 for bape jam ntah...Tapi akibat kami replace jungle trekking dengan cycling so dia bg km unlimited time...sakan kami cycling...best!!


Ni haa orang belakang sekali..yang len2 suma laju kemain


Ni pulak yang ke2 dari belakang...cepat sangat tak larat haa

Best moment ever!!


Love u alls!!

ok setakat ni dahulu...nantikan part yang seterusnya k...

Tata......>_<