Wednesday, July 27, 2011

MALAYSIA vs SINGAPURA atas rumput tulen...bukan rumput tiruan okeyy.

ASSALAMUALAIKUM

haihaihai.....

Tak sabar rasanya nak tengok bola malam ni TEAM HARIMAU MALAYA vs TEAM SINGAPORE..Match hari tu di Stadium Jalan Besar Singapura dah menyaksikan kekalahan Team Harimau Malaya 5-3 kan..Mungkin diorang tak biasa main atas rumput mainan kot...So malam ni dekat Stadium Nasional Bukit Jalil takkan lah nak kalah lagi sebab dah bukan rumput mainan. Lagi pulak stadium berganda lagi besar, bagi MENANG pulak kaayy....Bukannya MENANGgung kekalahan tau...>_<

Malam ni bolehlah kita melihat Coach K Rajagopal dengan kemeja ala2 menggerbangnya kan..lawak pulak..

Dalam Tem Harimau Malaya ni ada 2 org yang I tak berapa nak berkenan sikit..Yang 1st AMIRUL HADI ZAINAL...Nak tau sebab apa?Sebab rambut dia tu perang sangat..Bajet2 lah..Dah lah team Malaysia, ISLAM pulak, 1 MALAYA dok tengok bola dia main tapi dengan bangganya dia berambut perang..sedih pulak melihatnya...Tapi kalau ada yang cakap I ni menilai dari segi rupa luaran dan bukannya bakat yang ada memanglah..Try bayangkan kalau lah malam ni tiba2 nenek2 nak jugak tengok bola then diorang nampak si rambut perang tak hengat ni, mesti diorang cakap benda yang sama. Nenek tu dah sah2 lah tak penah tahu budak rambut perang ni main bagus ke hebat giler kentang ke. Yang terlintas dalam hati dia cuma ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM...
So appearance tu jaga2 lah..ni kan mula2 org dh pikir & cakap macam2 yang x elok.

p/s to AMIRUL HADI: kalau rambut u asli I suka..

tudia tudia...kemain perang lagi haa


Sorang lagi pulak yang tak berkenan dek hati ni si KHAIRUL FAHMI CHE MAT a.k.a Apek..
Sebab pertama: I lagi suka Sharbinee Allawee Ramli..dia nampak lebih tenang..




Sebab Kedua: Apek buat banyak hal pulak sekarang ni...dah bertunang tapi ada hubungan lain dengan wanita bernama DAHLIA TECK...ini orangnnya
kau jangan apek..kau nak letak mana si jejari runcing kau tu


err tak mahu yang ini...


ha yang ini looks much better...

GOOD LUCK HARIMAU MALAYA!!


huh????

nota kaki: kemain tau Tan Sri HN nak pegi tengok bola kat stadium...Dia dah on the way..Semoga perjalannya selamat..amin...

Tuesday, July 26, 2011

WORDLESS WEDNESDAY#4: Lenyek Dihempap Bola..AWAS!!

ASSALAMUALAIKUM


p/s: nanti team HARIMAU MALAYA jangan jadi cenggini waktu menentang Singapura tau

Monday, July 25, 2011

BEGEDIL AYAM

ASSALAMUALAIKUM

Haihaihai…

Kembali lagi dalam rancangan MASAK MEMASAK BERSAMA PUAN SRI EKIN…. Eh tiba2 penah ada rancangan pulak…ngehihihi…

Hari ni tiba2 teringin nak makan begedil…Semangat naw bangun awal nak masak ni..Tersedar dari tidur pukul 7.45 pagi tadi terus suruh Puan Emak rebus ubi kentang & ayam.Kemudian sambung tidur balik…Selalunya bangun nak pergi kerja pukul 9 sebab masuk kerja pukul 10..Pantas kan Puan Sri bersiap…>_<

Bila ubi kentang & ayam dah siap Puan Emak pun kejutkan Puan Sri bangun..So bermulalah aktiviti untuk hari ini..

BAHAN-BAHAN:



4 biji ubi kentang

Ayam

(nak letak banyak mana pun lantaklah..asal sedap…nak senang boleh je letak daging ayam yang orang buat burger tu..x payah nak susah2 hancurkan sebab dah hancur)

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 sudu lada sulah

1/3 cawan tepung beras

Bawang goreng

Daun sup

(x letak pun sebab xde..tapi kalau letak agi umpph)

1 biji telur

Garam

CARA-CARA:

  • Rebus ubi kentang & ayam sampai empuk. Bila dah siap kemudian hancurkan. Boleh lenyek2 guna apa2 je yang korang rasa patut.. ayam tadi Puan Sri masukkan dalam lesung batu & tumbuk je smpai hancur..Kalau guna daging ayam RAMLY pon boleh..


Inilah ghupe ubi kentang & ayam yang dah dihancurkan

  • Kemudian masukkan bawang besar & bawang putih yang dah dihiris halus (gambar 1), lada sulah (gambar 2), tepung beras (gambar 3), bawang goreng (gambar 4), daun sup, dan garam. Kemudian gaulkan.

  • Pecahkan telur dan ambil kuning telur & masukkan dalam adunan. Putih telur boleh digunakan utuk mencelup begedil sebelum digoreng.


*tepung beras & kuning telur adalah untuk keraskan begedil tadi supaya x hancur sewaktu goreng dan memudahkan untuk mengepal begedil. Tengok haa..


  • Kemudian celupkan begedil ni dalam putih telur dan goreng..

Tarraaaa! ! dah siap….

nampak macam cempedak goreng pun ada..puahaha...tak apo lah...asal sodap..

SELAMAT MENCUBA

TQ for reading >_<

Sunday, July 24, 2011

Kisah Teh O SEJUK..Bukan Teh O AIS mahupun Teh O BENG ok

ASSALAMUALAIKUM

Haihaihai…

Macam lama tak update kisah2 hidup MISS EKIN kan…kiki..So hari ni MISS EKIN nak bersoseh soseh sikit.. semalam MISS EKIN ada hal yang nak diselesaikan..Kemudian setelah selesai dan sebelum pulang sempatlah berjumpa dengan TAN SRI HN..hihi… So kami p lah mengisi perut..Yelah kan TAN SRI nak belanja…huuureeeyyy

Kami singgah makan di RESTORAN AYAM PENYET WANG SOLO…Tak tahu lah kenapa nama restoran tu camtu..mungkin wang tu tak kahwin lagi..sebab tu solo..puhaha


tudia kalau posing memang tak nak kalah

Entry ni eksklusif sikit sebab terselit gambar TAN SRI HN pulak..hihi...actually nak tunjuk poster restoran kat belakang tue..aceceyh…tolong muntah cepat…

Setelah menunggu so datang lah menu ke meja kami…Kami pilih ayam penyet lah dah pergi pon restoran ayam penyet..hadddooiii…Kemudian kami pilih pulak air..ada JUS POLIGAMI tau..tapi waiter cakap jus takde pulak..Muka TAN SRI dah bersinar sinar dah nak order JUS POLIGAMI tu..tapi kecewa..dia pon pilih la ais kacang.PUAN SRI pulak rasa nak minum TEH O AIS je…tapi kan dekat menu tu tulis ala ala macam ni lah..


Comel kan menu..haha…nanti menu kat restoran PUAN SRI punya nak buat ala2 kanak2 camni lah…hihihi

So dengan cool dan bersahaja TAN SRI cakap kat waiter nak TEH O SEJUK…yelah mungkin terpedaya dengan tulisan dekat menu tu kot....puahaha…kemudian PUAN SRI pun cakap kenapa tak cakap je TEH O AIS??TEH O BENG ke??…eh ni KEDAH la bukan Kelantan…ngehihi

Inilah TEH O SEJUK itu dan ais kacang yang TAN SRI punya..memang sejuk betul…kalau mintak TEH O AIS mungkin tak sesejuk TEH O SEJUK ni…puahaha


Ini pulak AYAM PENYET WANG SOLO…presentation smart lah jugak tapi rasa ala2 nak kena berleter dengan TAN SRI HN ja…T_______T

Memang dari start makan sampai lah kitorang cakap kat phone semalam pukul 11 dia asyik berleter pasal makanan ni..macam2 komen…itulah inilah…cerewet naww!! Maybe sebab kitorang penah makan ayam penyet yang duaratusenambelas juta kali lebih sedap dari ni kot…hihihi

Akhirnya TAN SRI HN telah mengahantar PUAN SRI pulang..


TQ TAN SRI…jasamu dikenang… >_<
TQ for reading *__*

Wednesday, July 20, 2011

20 JULY 2011


This is the saddest date in my life.....
Really hope that it won't happen again...
I am sooooooooooooo sorry...

T________________T

Tuesday, July 19, 2011

WORDLESS WEDNESDAY#3: Membaham 2 Mangkuk Maggi

ASSALAMUALAIKUM

haihaihai....




MISS EKIN mempunyai perut yang berkapasiti tong kitar semula..puhhaaahaha

Monday, July 18, 2011

CARA-CARA TUAN MOTOR TACKLE CIK MOTOR

ASSALAMUALAIKUM

Haihaihai…

Kalau anda semua nak tahu, aku ni menunggang moto je..humble kan?*yelah kau punya humble EKIN*…setelah 21 tahun hidup, MISS EKIN adalah seketul manusia yang masih tidak mempunyai lesen kereta lagi…wahaha…moh kite gelakkan dia…

*___*

So satu2nya aset termahal yang dia ada bukanlah HONDA VIOS ke HONDA CITY ke..setakat ni yang paling mahal dia ada adalah seketul motor kapcai YAMAHA NOUVO S bernombor plate CCR ****… aceceyh macam artis punya plate kete nak censored2…chooiiii! !

Yang menariknya bila bawak motor ni anda boleh mencelah-celah bila jam teruk.. anda juga boleh meng’over take’ kereta2 yang bergerak seperti semut malas akibat terpaksa mengikut belakang lori balak ataupun lori awek..eh taklahtaklah…>_<

Tapi yang lecehnya pulak bila anda dibasahi air hujan bila didatangi musim hujan..dan 1 lagi bila anda membuka helmet, anda terpaksa memuncungkan mulut sambil meniup niup tudung bawal yang anda pakai…Kalau pakai tudung yang ada awning boleh mnyebabkan awning anda terpele’ot ,,*sebut btui2 nah*ngehehe

Sepanjang MISS EKIN dok naik motor ni beliau dah memerhati ada pelbagai cara TUAN TUAN MOTOR nak mengorat CIK CIK MOTOR..Kadang2 TUAN TUAN KERETA pun tak nak kalah..nak jugak nyalakan lampu kereta diorang bila CIK MOTOR datang dari arah bertentangan…yang paling MISS EKIN nak tergelak terbahak bahak bila PAKCIK PAKCIK LORI pun tak nak kalah…hadoooiii…nasib je takde PAKCIK BECA…kekeke…

Ok2 berbalik kepada CARA-CARA TUAN MOTOR TACKLE CIK MOTOR, ada pelbagai kategori TUAN TUAN MOTOR ni....

  • TUAN MOTOR MACHO

Bila nampak ada CIK MOTOR diorang akan memperlahankan kelajuan motor dan tidak akan memotong CIK MOTOR lagi..mereka akan mengekori dengan gaya menunggang yang machotahapgaban..boleh nampak lah gaya mereka kat side mirror tuh..rimas plak menengoknya haa..Ada yang angkat dia punya cermin kat helmet lagi..ala2 nak menampakkan wajahnya yang tampan itu…

  • TUAN MOTOR NAKAL

Diorang ni akan mengejar CIK MOTOR…bila CIK MOTOR laju diorang pun laju..masa diorang dok laju2 tu aku pun terus bagi signal dengan pantas dan membelok ke kiri..jadi mereka pun terus laju tak sempat brake..ngahahaha

  • TUAN MOTOR BAJET COOL HABES! !

Suatu hari aku balik dari kerja & ada banyak kereta yang bergerak mengalahkan kereta lembu..sebab ada lori kat depan…So aku malas nak rushing sebab nak balik dah..Aku bawak motor pun ala2 ronda2 gitu…Then adalah seorang TUAN MOTOR BAJET COOL HABES! !yang naik motor RXZ ke ape benda namanya..alah yang besar & orang yang naik motor tu mesti pakai jaket kulit punya..ha yang tu la…so TUAN MOTOR BAJET COOL HABES ! !ni ikut lah belakang aku dengan sepuntung rokok di jarinya…selalu orang bawak motor takde keluar asap dia pulak ada asap…dah macam kontena dah..haha…bila dah lama dia ikut aku then dia over take aku..slow je dia potong sambil dia menghulurkan sedikit tangannya untuk melambai aku,,,wow!!cool giler kentang! !..tapi aku taklah teruja sangat sebab nampak dia dah merokok tadi..lu manyak silap la keluarkan asap depan guwa…kikiki

  • TUAN MOTOR ULAT BULU

Ni kisahnya apabila Puan Kakak Ipar aku suruh tumpangkan die ke tempat kerjanya. Tempat kerja kami kat jalan yang sama cuma tempat kerja aku kat depan sikit..so aku drop lah Puan Kakak Ipar kat tempat kerja beliau..sikit je lagi nak sampai dah tempat kerja dia tiba2 tong minyak ENCIK NOUVO S aku kering kontang…so tersadailah kami kat tepi jalan..nasib baiklah ada TUAN MOTOR ULAT BULU. Beliau berhenti dan menghulurkan bantuan..kami ni dok tunggu dia bawak minyak motor lama lah jugak..kesian Puan Kakak Ipar sebab dah lewat masuk kerja…nasib baik dia buat over time je hari tu..Lastly TUAN MOTOR ULAT BULU pun sampailah dengan membawa 3 botol kecil minyak motor..beliau pun mengisi perut ENCIK NOUVO S aku..then Puan Kakak Ipar pun menghulurkan sedikit penghargaan kepadanya..Lastly yang bestnya beliau telah mengeluarkan secarik kertas dari poketnya yang tertera


Mak aih! ! sempat lagi dia pegi cari pen & secarik kertas ni kan…patut lah kitorang tunggu lame naww…adeehhh…yang tak tahan nak berry tue boleh pulak dia tulis dua nombor telefon dia kan..yelah kot2 CIK MOTOR tak pakai CELCOM boleh gune MAXIS...bijak otak dia neh...ngahaha


Anyway,

Macam2 hal lah diorang ni…walaupun diorang tahu bahawa dengan cara mereka mengorat CIK MOTOR sedemikian, mereka tidak dapat pun memperolehi CIK MOTOR.namun mereka masih nak MACHO, NAKAL, BAJET COOL HABES! ! & berperangai ULAT BULU..lebih senang cakap, usaha mereka ini adalah USELESS…macam mana lah kitorang nak tahu korang tu sapa kalau setakat lambai2 & main kejar2 naik motor dengan kitorang..ngahaha…kalau korang terus langgar je kitorang then we have to meet again for another 1 month ++ disebabkan nak naik turun mahkamah nak settle segala hal tu logik la kan ko boleh dapat CIK MOTOR..aigooooooOOO

p/s:PANDULAH DENGAN BERHEMAH....kihkihkih

baibaibai

TQ for reading >_<

Thursday, July 14, 2011

GURNEY PLAZA PENANG

ASSALAMUALAIKUM

Sempena Miss Ekin cuti bekerja semalam so beliau pergilah berjalan jalan menghabiskan masa beliau di GURNEY PLAZA PENANG. Beliau dah jadi Puan Sri tau..sebab apa? Sebab beliau telah pergi bersama Tan Sri HN…siapa tu??ahhhhh

Moh kite…! !cahaya matahari tu telah mem’vogue’kan wajah Puan Sri…kiki

Then melepak lah pulak kat atas ferry…Ferry pon dah karat2…mintak Tan Sri HN tukar lah nanti bila dh betul2 jadi Tan Sri…kiki

Bila dah sampai kami pon terus menuju ke Golden Screen Cinema di tingkat 7…Before tu kami bertanya dulu kat information counter di tingkat 1. Kami diberitahu GSC di tingkat 7. Kemudian secara tidak sengaja Tan Sri bertanya soalan yang Puan Sri tergelak bwahaha…

Tan Sri HN: GSC kat mana?

Akak Kaunter: tingkat tujuh

Tan Sri HN: boleh naik lift tak? *apa lah motif soalan ni*ngahaha

Akak Kaunter: naik lift boleh naik escalator pon boleh

Setelah beredar Puan Sri bertanya

Puan Sri: awat dok tanya soalan macam tu??

Tan Sri HN: Sebenarnya nak tnya dia nak naik lift mana yang dekat & senang

Kemudian agak2 dalam 15 min jugak lah kami tak jumpa2 GSC tersebut akibat asyik naik lift yang salah..akhirnya kami bertekad menaiki escalator dari tingkat 4 ke tingkat 7…sikit lagi ja Puan Sri nak bebai…huhu


Puan Sri nak bebai la dah kena berjalan terlalu lama nak cari GSC tu dengan wedges ini..dah rasa nyutnyut dah kaki Puan Sri

Setelah sampai kami pon membeli tiket HARRY POTTER AND THE DEATHLY HOLLOWS PART 2!!!Wooww!seronok…. tiket pukul 12.30…akibat kami tidak lunch sebelum beli tiket so kami shopping makanan sikit nak buat alas perut kan..chicken nuggets+meatballs+popcorn+strawberry juice+ ice lemon tea…dah macam nak lunch pulak kan…setelah cerita tamat, riwayat makanan2 tu pon tamat akibat dibaham oleh 2 ketul manusia kelaparan…

Ada lampu skit2 lagi masa ni…masa Puan Sri dah ready nak amik gambar Tan Sri tiba2 jadi gelap gelita sebab wayang dah nak start…bwahaha…malang sungguh

Then akhirnya berjaya juga mendapat makanan yang seimbang dengan keperluan perut kami di A&W…


Akibat kelaparan Puan Sri telah membaham DOUBLE MOZZA BURGER…Puan Sri memang suka yang double2 nih…terasa macam lebih enak pulak kalau double….

Kemudian kami pun pulang dengan hati yang gembira…

p/s: Tq Tan Sri sebab bawak Puan Sri jalan2…walaupun Tan Sri kena drive jauh2 datang kat Puan Sri…


Finally Tan Sri telah menghadiahkan Encik Elmo ni kat Puan Sri sebab Puan Sri menang pertandingan "orang paling kuat bebel"…ngahaha

Wednesday, July 13, 2011

EKIN DAH MENGANDUNG

ASSALAMUALAIKUM

haihaihai....

Kalau lah Puan Emak melihat tajuk entry ni tanpa benar2 meneliti isi kandungannya pasti beliau telah rebah ke katil..Senang kan kat katil tak payah dah orang papah..kikiki

BUKAN EKIN TAJUDIN laaa....

ni ekin si isteri mawi tu...katanya setelah 2 kali mengalami keguguran kini diorang suami isteri boleh tersenyum gembira sebab ekin dah pun mengandung lagi..usia kandungannya dah cecah 7minggu...



memang btul lah dah berisi perut ekin..semoga selamat


tapi kalau perut si ekin yang ni

V

V

V

V

V

V



memang berisi...berisi lemak! !...haddooooiiii

p/s: Mak cool yeah..bukan cheq...ngehihi

TQ for reading >_<




Tuesday, July 12, 2011

Sunday, July 10, 2011

Entry Sepantas Kilat

ASSALAMUALAIKUM

HAIHAIHAI....

sayarasalebihtenangmelihatblogsayayangputihsucilagibersihwalauponadabanyakkelipkelip...

oksetakatitusahajalaporandaritempatkejadian

kateentrysepantaskilatkansotiadaspace..maafkesulitanamatdikesali..
silatenangkandirisendirisebelummembaca..

*macam bagi lappy kat baby then die hentam tekan je ape huruf an...ngehehe*

BAIBAIBAI

Saturday, July 9, 2011

Mari Lihat Perbezaan

ASSALAMUALAIKUM…

HAIHAIHAI…

Entry ni bertujuan untuk identify perubahan yang diperolehi oleh Miss Ekin setelah beliau bersusah payah tahu…bersusah payah watpe??Cuba tengok ni…focus kat mata k..abaikan yang lain-lain.



Then tengok pulak yang ni..tak payah focus apa2 sebab dah besaww bebenaww haa



Brown eyes u olls….terketarketar berskala richter lapanpointtiga tahu nak buh contact lens ni..huhu…*kenapa tutup mulut??sedang menguap agaknya..biarlah dia...*

berubah bukan mata beliau?hihi...beliau sungguh gembiratidakterkata...>_<

Baibaibai….


"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"

ASSALAMUALAIKUM

okay untuk hari ini Miss Ekin nak pulak join "Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"...ini bukan alang-alang GA tau...ini MEGA GA...so .mestilah join kan...




Sebab Miss Ekin join??

  1. Sebab beliau gembiraterloncatloncat akibat tarikh tutup MEGA GA ni sama dengan tarikh beliau dilahirkan..8 OGOS...seronok sangat2 kuasa lapanpuluhlapan...hihihi....Semoga rezeki berpihak kepada Miss Ekin...amin....
  2. Sebab MEGA GA ni di sponsor oleh mak aih banyak naw tukang sponsor ha...tengok ni


macam biasa lah Miss Ekin nak tag sahabat2nya




p/s:mesti cik adik manis bertiga ni pn terbeliak haa tengok sponsor banyak cmni haa...hehe


baibaibai....

TQ for reading >_<

Friday, July 8, 2011

Baju Sanding Miss Ekin Warna PURPLE??

ASSALAMUALAIKUM

HAIHAIHAI……

Miss ekin dah nak kahwin ke cakap pasal baju sanding bagai??BILA???DI MANA??dan yang paling penting DENGAN SIAPA????????

Eh eh eh eh…Jangan salah faham…Sebenarnya Miss Ekin saja nak buat analisis sikit. Setiap kali miss ekin bergambar di atas kerusi pengantin yang atas pelamin tue mesti baju yang Miss Ekin pakai warna PURPLE…nak tengok bukti??


Ini gambor saje nak testing2 before kenduri…baju purple dah ha *maaf resolusi gambar tidak hebat*


Hari bersanding sebenar pun PURPLE jugak..walaupun pengantin laki oren kan…kikiki


Ini ke pengantin lelaki sebenar???hopefully!!*tiba2 gembiraterloncatloncat*

Tapi kan kalau gambar Miss Ekin dok kat tepi2 pelamin mesti Miss Ekin pakai baju warna lain tau…Tengok ni


Uppsss adik tu syeksyinyer…cair abang2 tengok nanti

Ha nampak tak yang baju oren dok duduk tu..Miss Ekin la tu…huhu

Yang menariknya asal Miss Ekin duduk atas kerusi kat pelamin mesti baju PURPLE….asal duduk je merempat kat bawah2 pelamin tue mesti baju wrna warni…

Kita tengok insyaALLAH 5 tahun lagi Miss Ekin pakai baju pengantin warna apa eh….hihihi

BAIBAIBAI....


TQ for reading >_<


Thursday, July 7, 2011

31-7 Birthday Giveaway!

ASSALAMUALAIKUM

Baru je tadi dah cakap haihaihai takkan nak cakap lagi kan...takpelah...HAIHAIHAI jugak...ngeee

Maaflah banyak pulak entry Miss Ekin hari ni kan...semuaya akibat daripada GA yang menarik ni...

GA ni sempena meraikan birthday girls empat sekawan yang telah dilahirkan pada tarikh yang sama which is 31JULY....

inilah mereka:





MY BIRTHDAY WISHES TO ALL OF YOU:
  • semoga PERSAHABATAN yang terbina akan berkekalan selamanya
  • semoga kalian BERJAYA dalam apa jua yang dilakukan duniawi & ukhrawi
  • semoga kalian GEMBIRA selalu...
  • semoga kalian MENGHADIAHKAN GA ini kepada Miss Ekin....kikiki.....
marilah menjoinkan diri anda....KLIK SINI

TQ >_<

Sling Denim Bag Giveaway

ASSALAMUALAIKUM

Haihaihai......Miss Ekin nak join GA lagi...kiki....xdop kijo!
Ni haa GA yang Miss EKin nak join...JOM la join sekali....dua kali tak boleh...ish ish ish.....apapontakboleh..apapontakboleh....huhu




Pada yang nak join meh la KLIK SINI
cepatlah klik tau!!

TQ >_<

GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE

ASSALAMUALAIKUM



Miss Ekin amat gembiraterloncatloncat akibat ditag oleh si comel daya untuk join GA ni...tq dik..>_<

Jadi kepada mereka yang ingin menjoinkan diri & kemudian menjadi gembiraterloncatloncat macam Miss Ekin boleh la berbuat demikian dengan meng'KLIK DI SINI' ....

So Miss Ekin nak tag 2 org sahabatnya yang ini lagi..



TQ >_<

MR. DURIAN & MISS EKIN

ASSALAMUALAIKUM

Helloww semua….sekarang ni kan musim DURIAN, rambutan & manggis…Kalau dari rumah nak ke Bandaraya Metropolitan KULIM nun memang banyak sangat gerai-gerai kat tepi jalan yang menjual buah-buahan tempatan tersebut…Rasa seperti mahu berhenti di setiap gerai lalu membeli-belah buah durian ..huhu....Tapi entry ni Miss Ekin tak nak cakap pasal manggis & rambutan sebab kat rumah sudah terdapat pohon2 tersebut. Dah xlarat nak sumbat dalam perut lagi ni ha rambutan & manggis tersebut… Yang beliau nak bebel panjang ni pasal MR DURIAN.


tengok haaa u olls...sodap naww....rasa mahu menangis akibat terliur melihat kesedapan itu....grrrrr

Kat rumah takde pokok durian ni..so kalau nak makan durian kena beli la..kat rumah Miss Ekin ada 4 orang ‘hantu durian’…Encik ‘abah’, Encik’ abang chik’, Encik ‘abang mie’ dan miss ekin sendiri… Sekali santap je beres semua…kih3

Setakat sekarang ni stok durian kat rumah tak penah habis lagi..sebab Encik 'abah' asyik topup je kalau durian nak habis. Setiap hari makan 5-6 ulas durian…Kalau size buah durian tu ala ala comel kiut miut, Miss Ekin boleh habis 1 biji…huh!!dah macam makanan ruji pulak kan…

Suatu hari sedang asyik membaham durian tiba2 Encik ‘abang mie’ telah bertanya apakah khasiat durian..Menurut beliau satu2nya manfaat durian adalah supaya para pekerja boleh bercuti dari bekerja akibat mendapat MC (medical certificate) dari klinik swasta mahupun kerajaan kerana mereka memperoleh demam selesema selepas mambaham durian. Benarkah??

BENAR!!!Miss Ekin sendiri telah mengalaminya sekarang…sehari boleh habis tisu duapuluhtiga kotak akibat lelehan mucous (hingus) yang banyak…errr…sokseksoksek..haaacchhhuuumm…hacchhuummm….

Inilah akibat daripada membaham durian dengan banyaknya…Sekarang yang menjadi rutin Miss Ekin adalah 2 biji ubat KK/paracetamol, 1 biji ubat kecil warna kuning yang amat meningkatkan nafsu beliau untuk beradu & 1 sudu ubat batuk…Kemudian kroiihhhkrroooiihh beliau beradu…

p/s: doakan miss ekin cepat sembuh ye wahai sahabat2…

bila dah demam ni kena ikut la perintah yang dikeluarkan oleh Puan 'emak'-->NO DURIANS!!huuuu...
p/s:kejam naww kalau Puan 'emak' tak bagi makan & minum...hehe

APA YANG DIPEROLEHI OLEH BADAN AKIBAT MEMAKAN DURIAN??

  1. Zat besi yang dapat membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.seterusnya dapat mengelakkan jangkitan kulat
  2. Kalsium (dah tak payah makan calciyum lg…hihi)
  3. Anti-oksidan yang dapat membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok seterusnya mengurangkan proses penuaan
  4. Dapat menurunkan kadar kolesterol
  5. Asid amino Tryptophan yang dapat mengawal tahap serotonin dalam tubuh.(Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan)
  6. Vitamin B, C dan E

Kesimpulannya ....marilah kita memakan durian lagi....!!yuhhhuuu


TQ for reading this entry >_<

Wednesday, July 6, 2011

Jom Join Bloglist Haris Kaito !

ASSALAMUALAIKUM



Kawan2 jom ikut ekin join ni...
Betul nak join???Meh KLIK SINI


mereka ini wajib join k!!hehe



TQ for reading this.>_<

Tuesday, July 5, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

ASSALAMUALAIKUM

MISS EKIN pembuat TEH TARIK terhebat????errrrr~~~



Saturday, July 2, 2011

Saya Suka BEAST/B2ST!!!

ASSALAMUALAIKUM

Haii…saye nak kongsi bersame same anda semua...

Dalam banyak2 boy band kat KOREA miss ekin paling suke BEAST/B2ST… Mula2 dulu name group diorang ni B2ST (Boys 2 Search for Top) tapi sekarang dah jadi BEAST (Boys of East Standing Tall). Diorang start menapak tahun 2009.. Lepas tu diorang terus meletup-letup macam bunga api..*melebih plak*

Kalau korang tengok goup members diorang sume 'someyl2' lah...tambah2 si YOSEOB tue..baby face tahu...mesti korang rase nak genggam pipi dia seraya bermonolog di dalam diri "anyonyonyo comelnye...geram dek non"....kikiki...

Comel kan???kan kan kan???special tau I letak pic die sorang haje

6 orang semuanya...memang best lah!! * wajah2 ni ber 'make up' so bertambahlah kehenseman mereka*

V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


V


Ni plak xde make up..jom kita gelakkan mereka…huwa3….*still comel hape*

Diorg ni dah ade banyak album..Ni die senarai album bersama dengan lagu yang meletop dalam album tu:

  1. Beast Is The B2STà BAD GIRL
  2. Shock of Then New EraàSHOCK
  3. MastermindàBREATH (SOOM)
  4. Lights Go On Againà BEAUTIFUL
  5. Fiction And FactàFICTION

*kalau u olls nak tengok klip2 video diorang klik kat tajuk lagu k…memang syok la!!

Last but not least…tolong lah tengok jugak klip video ni:

V.I.P : LAGU SEDIH

kenape tetibe??

Kita kena lah jugak sokong industri tanah air kan….diorang ni pon menari nari jugak...kikiki....GO GO!!

Semangat 1 MALAYSIA kah begini??hahaha….



TQ for reading this entry>_<

Hoooraaayyyy!!saye dapat badge cinta

ASSALAMUALAIKUM

Entry ni bertujuan untuk melahirkan rasa happy & berterima kasih kepada Ku Azhar kerana menghadiahkan badge cinta ini.. tengok la tengok la...comel & seksi gitu....huhu....




Kenapa miss ekin ni teruja sampai macam ni??
  1. Miss ekin dapat badge free
  2. Miss ekin xpenah dapa badge free cmni...*perlu ke jadi cenggini??*
  3. Badge ini dipuji oleh Ku Azhar sebagai "couple contoh"...WOWW!!!!
Tak caye KLIK SINI & tengok badge yang ke-4

TAHNIAH MISS EKIN!!!haha

TQ for reading this entry..>_<

You've Fallen for Me [ Neon Naege Banhaesseo ]

ASSALAMUALAIKUM

Kali ni miss ekin nak ajak semua jom mendownload & menonton movie bersama-sama miss ekin….Kalau nak tau, miss ekin ni suka KOREAN MOVIES …*siap highlight u olls*.. Mesti ramai jugak yang ada hobi & penyakit macam miss ekin kan? Takkan tak penah tengok citer-citer ni:

BOYS OVER FLOWER??

Gu Jun Pyo buli Geum Jan Di??tapi still sayang….*sweet*

YOU’RE BEAUTIFUL??

Go Mi Nam sebenarnye pompuan??terus diorang berebut die tau..gatal!>_<


MY GIRLFRIEND IS A GUMIHO?

Uppss!!si cantik ini sebenarnya 9 tailed fox??haru biru


MY PRINCESS??

She deserved to be princess…And it’s perfect to have this handsome prince…uhhh


And lagi and lagi??haha….

Mostly citer2 ni miss ekin dapat dari supplier la..cucuk hard disc je terus leh tengok..kiki…. sape supplier nye??tentulah roommates miss ekin yang separuh mati minat korea…miss ekin ni tak sampai tahap diorang lagi… Memandangkan sekarang ni tengah cuti (bukan tepi cuti…ok tak lawak), so miss ekin kena lah download sendiri movie2 untuk tontonan diri ini…

Sekarang ni tengah ‘airing’ citer YOU’VE FALLEN FOR ME / HEARTSTRING…. Kat kshownow.net pun baru habis sub 2 episod tau..


Nak download KLIK SINI

Nak tau sape yang berlakon? Heroinnye yang berlakon citer YOU’RE BEAUTIFUL tu…ala PARK SHIN HYE..die ni comel jugak..dengar die nyanyi lagu LOVELY DAY tu mesti rase macam nak cubit2 pipi sendiri…kiki…

Kenapa miss ekin cakap sal heroin dulu bukan hero??Sebab miss ekin nak bebel panjang pasal heronye sebab miss ekin ni ‘die-hard fan’ JUNG YONG HWA (erk tipu je..minat gitu2 aje lah) …alah yang group CN BLUE…ok semua dah kenal… kalaw sesape tengok WE GOT MARRIED, yang GOGUMA COUPLE tu hat ni la…hensem kan??kan jugak! !


Tengok ni alololo sweetnye yong hwa oppa…*terus oppa tau…huhu*

Genre citer ni romance & music…mesti u olls suke kan??confirm x bosan punya lah…Tambahan pulak ade 16 episod je…lagi la nak download & tengok laju2 kan….kiki

Pelakon-pelakon:

Jung Yong Hwa --> Lee Shin

Park Shin Hye -->Lee Kyu Won

Song Chang Ui --> Kim Suk Hyun

So Yi Hyun --> Jung Yoon Soo

Woo Ri --> Han Hee Joo

Kang Min Hyuk --> Yeo Joon Hee

Lee Hyun Jin --> Hyun Ki Young

Im Se Mi --> Cha Bo Woon

Jom kita bace sinopsis citer nih.

Lee Shin ni pelajar university yang amek course modern music. Dia pun ade band sendiri yang diberi nama "The Stupid". *yang I heran ni u olls…ape ke hal ah name cenggitu…letak la “The Smart” ke “The Bright” ke..ish3…hape2 lah kome ni*. Dia jadi vocalist and guitarist dalam band tu.. Alah same la macam die kat CN BLUE.

Die nih pelajar yang hensem la..*memang patut diorang amek Yong Hwa berlakon*… and die sangat minat muzik. Tapi yang kesiannye die ni dingin and tak nak amek tahu benda lain selain muzik die..

Sebenarnya die ade hati kat Jung Yoon Soo which is a dance professor dekat university die. Tapi semuanya berubah setelah die bertemu Lee Kyu Won.

Lee Kyu Won ni pulak seorang yang cemerlang & mesra alam…Die ni lahir dari keluarga yang hebat bermain alat muzik tradisional Korea especially ‘gayageum’ *hape kebende nye nih??*

Hah nil ah ghupe nye PARK SHIN HYE main gayageum…

Atuk Kyu Won (Lee Dong Gun) ni adalah antara top 3 pemain alat ni masa muda2 dulu. So die pon nak lah si cucu die ikut jejak die. So Kyu Won pun berusaha lah untuk penuhi permintaan atuk nye dan die pon belajar sungguh2. Satu hari die diajak ke konsert kumpulan "The Stupid." Masa ni lah die jumpa Lee Shin dan kemudian terkesima dengan kehenseman Lee Shin (eh eh hiperbola)…

Sumber: DramaWiki

p/s dari DramaWiki: This drama is currently airing. Some information on this page may be incomplete,missing or even wrong.

Jom ikut saye download & tonton...SELAMAT MENONTON...

TQ for reading this entry!>_<