Thursday, June 30, 2011

Jom Masak-masak

ASSALAMUALAIKUM

Helloowww….miss ekin nak kongsi detik2 miss ekin masak AYAM PERCIK ..maklum lah cuti kan so ada la masa for masak2 (miss ekin cuti apa?beliau keja kat butik lah cuti sem ni..buat tambah duit nk shopping nanti katanya). Sebenarnya miss ekin masak ni dah 2 3 hari lepas tapi disebabkan miss ekin diserang sakit perut beserta "cherry berry" maka tertangguh lah entry ini..

Miss ekin amik resipi ni dari sahabat kesayangan beliau which is miss fadila alias..nama resipi dia AYAM PERCIK BONDA…tapi miss ekin modify skit2 tambah apa yang patut jadilah AYAM PERCIK CARA SAYA…bukan bonda saya…hehehe

BAHAN-BAHAN:

#Seekor ayam

*5 batang serai

*Sebatang lengkuas (betul ke sebatang?aahhhh)

*Seketul kunyit hidup

*2 biji bawang besar

*5 ulas bawang putih

*1 inci halia

*10 biji cili kering (ikut suka hati je..kalaw nak merah & pedas buh banyak)

#1/3 cawan tepung beras (untuk pekatkan kuah)

#2 helai daun kunyit (dipotong halus)

#5 helai daun limau purut

#santan pekat

#sepotong gula melaka

#jintan manis

#2 keping asam keping


Sebahagian dari bahan2….bila kat rumah ni semua benda2 ni senang nak carik…browse je kat sekeliling rumah pasti jumpa…ni semua sebab jasa baik PUAN NORMAH la yang rajin bercucuk tanam…TQ MAK


CARA-CARA:

1. Kisar bahan2 yang bertanda *

2. Kemudian tumiskan sehingga wangi

3. Masukkan santan dan ayam

4. Kemudian masukkan kesemua bahan yang bertanda #

5. Masukkan garam , gula Melaka & perasa secukupnya

6. Tunggu sampai masak

7. Kalau nak hidangkan begitu sahaja pun boleh

8. Kalau nak bakar ayam tu macam yang dekat pasar malam pun boleh

SELAMAT MENCUBA…….>_<


Dah nampak rupa macam makanan yang boleh dimakan kan?hehe…nak terus hidang macam ni pon boleh


Kalau nak bakar pun boleh..angkat ayam & letak atas pemanggang kemudian guna kuah tadi untuk percik2…I guna stove je u olls…senang citer xyah susah2 berpeluh nak set up bara lah kayu api lah bagai…huhu


Tengok ha semangat naw si ekin ni memasak dengan jersey Malaysia lagi…ye lah malamnye kan ada match Malaysia vs Chinese Taipei…akibat semangat inilah Malaysia menang 2-1 tau..huhu *dapur ini telah dicomotkan oleh miss ekin>_<*


finally ada lah LITTLE MAID ni yang tolong bersihkan dapur miss ekin..bukan little mermaid ok?this is daniesha dania…rajin sangat nk tolong acu kan?hamek kau kena lap lantai…ngahaha

TQ for reading this entry!>_<

5 comments:

iela_fadila alias said...

wah,cik ekin da try ! hehe
pasni ley wut jual kat bazar rmdhan ;)

ekin tajudin said...

jom kt share bsnes 2 org..xdan nk buat sorg2...huhu

LUNA LANUN said...

yehaaa... sudah follow u back.. hehehehe...

Ku Azhar said...

waaaaa...masak utk mr bean ke ? hehehe

ekin tajudin said...

tq luna..>_<

aha bg dia makan skit...xkan suh keja 24 jam xbg makan kan...kikiki