Wednesday, July 27, 2011
MALAYSIA vs SINGAPURA atas rumput tulen...bukan rumput tiruan okeyy.
Tuesday, July 26, 2011
Monday, July 25, 2011
BEGEDIL AYAM
ASSALAMUALAIKUM
Haihaihai…
Kembali lagi dalam rancangan MASAK MEMASAK BERSAMA PUAN SRI EKIN…. Eh tiba2 penah ada rancangan pulak…ngehihihi…
Hari ni tiba2 teringin nak makan begedil…Semangat naw bangun awal nak masak ni..Tersedar dari tidur pukul 7.45 pagi tadi terus suruh Puan Emak rebus ubi kentang & ayam.Kemudian sambung tidur balik…Selalunya bangun nak pergi kerja pukul 9 sebab masuk kerja pukul 10..Pantas kan Puan Sri bersiap…>_<
Bila ubi kentang & ayam dah siap Puan Emak pun kejutkan Puan Sri bangun..So bermulalah aktiviti untuk hari ini..
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang
Ayam
(nak letak banyak mana pun lantaklah..asal sedap…nak senang boleh je letak daging ayam yang orang buat burger tu..x payah nak susah2 hancurkan sebab dah hancur)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu lada sulah
1/3 cawan tepung beras
Bawang goreng
Daun sup
(x letak pun sebab xde..tapi kalau letak agi umpph)
1 biji telur
Garam
CARA-CARA:
- Rebus ubi kentang & ayam sampai empuk. Bila dah siap kemudian hancurkan. Boleh lenyek2 guna apa2 je yang korang rasa patut.. ayam tadi Puan Sri masukkan dalam lesung batu & tumbuk je smpai hancur..Kalau guna daging ayam RAMLY pon boleh..
- Kemudian masukkan bawang besar & bawang putih yang dah dihiris halus (gambar 1), lada sulah (gambar 2), tepung beras (gambar 3), bawang goreng (gambar 4), daun sup, dan garam. Kemudian gaulkan.
- Pecahkan telur dan ambil kuning telur & masukkan dalam adunan. Putih telur boleh digunakan utuk mencelup begedil sebelum digoreng.
*tepung beras & kuning telur adalah untuk keraskan begedil tadi supaya x hancur sewaktu goreng dan memudahkan untuk mengepal begedil. Tengok haa..
- Kemudian celupkan begedil ni dalam putih telur dan goreng..
Tarraaaa! ! dah siap….
Sunday, July 24, 2011
Kisah Teh O SEJUK..Bukan Teh O AIS mahupun Teh O BENG ok
ASSALAMUALAIKUM
Haihaihai…
Macam lama tak update kisah2 hidup MISS EKIN kan…kiki..So hari ni MISS EKIN nak bersoseh soseh sikit.. semalam MISS EKIN ada hal yang nak diselesaikan..Kemudian setelah selesai dan sebelum pulang sempatlah berjumpa dengan TAN SRI HN..hihi… So kami p lah mengisi perut..Yelah kan TAN SRI nak belanja…huuureeeyyy
Kami singgah makan di RESTORAN AYAM PENYET WANG SOLO…Tak tahu lah kenapa nama restoran tu camtu..mungkin wang tu tak kahwin lagi..sebab tu solo..puhaha
Entry ni eksklusif sikit sebab terselit gambar TAN SRI HN pulak..hihi...actually nak tunjuk poster restoran kat belakang tue..aceceyh…tolong muntah cepat…
Setelah menunggu so datang lah menu ke meja kami…Kami pilih ayam penyet lah dah pergi pon restoran ayam penyet..hadddooiii…Kemudian kami pilih pulak air..ada JUS POLIGAMI tau..tapi waiter cakap jus takde pulak..Muka TAN SRI dah bersinar sinar dah nak order JUS POLIGAMI tu..tapi kecewa..dia pon pilih la ais kacang.PUAN SRI pulak rasa nak minum TEH O AIS je…tapi kan dekat menu tu tulis ala ala macam ni lah..
Memang dari start makan sampai lah kitorang cakap kat phone semalam pukul 11 dia asyik berleter pasal makanan ni..macam2 komen…itulah inilah…cerewet naww!! Maybe sebab kitorang penah makan ayam penyet yang duaratusenambelas juta kali lebih sedap dari ni kot…hihihi
Akhirnya TAN SRI HN telah mengahantar PUAN SRI pulang..
Wednesday, July 20, 2011
20 JULY 2011
Tuesday, July 19, 2011
WORDLESS WEDNESDAY#3: Membaham 2 Mangkuk Maggi
Monday, July 18, 2011
CARA-CARA TUAN MOTOR TACKLE CIK MOTOR
Haihaihai…
Kalau anda semua nak tahu, aku ni menunggang moto je..humble kan?*yelah kau punya humble EKIN*…setelah 21 tahun hidup, MISS EKIN adalah seketul manusia yang masih tidak mempunyai lesen kereta lagi…wahaha…moh kite gelakkan dia…
*___*
So satu2nya aset termahal yang dia ada bukanlah HONDA VIOS ke HONDA CITY ke..setakat ni yang paling mahal dia ada adalah seketul motor kapcai YAMAHA NOUVO S bernombor plate CCR ****… aceceyh macam artis punya plate kete nak censored2…chooiiii! !
Yang menariknya bila bawak motor ni anda boleh mencelah-celah bila jam teruk.. anda juga boleh meng’over take’ kereta2 yang bergerak seperti semut malas akibat terpaksa mengikut belakang lori balak ataupun lori awek..eh taklahtaklah…>_<
Tapi yang lecehnya pulak bila anda dibasahi air hujan bila didatangi musim hujan..dan 1 lagi bila anda membuka helmet, anda terpaksa memuncungkan mulut sambil meniup niup tudung bawal yang anda pakai…Kalau pakai tudung yang ada awning boleh mnyebabkan awning anda terpele’ot ,,*sebut btui2 nah*ngehehe
Sepanjang MISS EKIN dok naik motor ni beliau dah memerhati ada pelbagai cara TUAN TUAN MOTOR nak mengorat CIK CIK MOTOR..Kadang2 TUAN TUAN KERETA pun tak nak kalah..nak jugak nyalakan lampu kereta diorang bila CIK MOTOR datang dari arah bertentangan…yang paling MISS EKIN nak tergelak terbahak bahak bila PAKCIK PAKCIK LORI pun tak nak kalah…hadoooiii…nasib je takde PAKCIK BECA…kekeke…
Ok2 berbalik kepada CARA-CARA TUAN MOTOR TACKLE CIK MOTOR, ada pelbagai kategori TUAN TUAN MOTOR ni....
- TUAN MOTOR MACHO
Bila nampak ada CIK MOTOR diorang akan memperlahankan kelajuan motor dan tidak akan memotong CIK MOTOR lagi..mereka akan mengekori dengan gaya menunggang yang machotahapgaban..boleh nampak lah gaya mereka kat side mirror tuh..rimas plak menengoknya haa..Ada yang angkat dia punya cermin kat helmet lagi..ala2 nak menampakkan wajahnya yang tampan itu…
- TUAN MOTOR NAKAL
Diorang ni akan mengejar CIK MOTOR…bila CIK MOTOR laju diorang pun laju..masa diorang dok laju2 tu aku pun terus bagi signal dengan pantas dan membelok ke kiri..jadi mereka pun terus laju tak sempat brake..ngahahaha
- TUAN MOTOR BAJET COOL HABES! !
Suatu hari aku balik dari kerja & ada banyak kereta yang bergerak mengalahkan kereta lembu..sebab ada lori kat depan…So aku malas nak rushing sebab nak balik dah..Aku bawak motor pun ala2 ronda2 gitu…Then adalah seorang TUAN MOTOR BAJET COOL HABES! !yang naik motor RXZ ke ape benda namanya..alah yang besar & orang yang naik motor tu mesti pakai jaket kulit punya..ha yang tu la…so TUAN MOTOR BAJET COOL HABES ! !ni ikut lah belakang aku dengan sepuntung rokok di jarinya…selalu orang bawak motor takde keluar asap dia pulak ada asap…dah macam kontena dah..haha…bila dah lama dia ikut aku then dia over take aku..slow je dia potong sambil dia menghulurkan sedikit tangannya untuk melambai aku,,,wow!!cool giler kentang! !..tapi aku taklah teruja sangat sebab nampak dia dah merokok tadi..lu manyak silap la keluarkan asap depan guwa…kikiki
- TUAN MOTOR ULAT BULU
Ni kisahnya apabila Puan Kakak Ipar aku suruh tumpangkan die ke tempat kerjanya. Tempat kerja kami kat jalan yang sama cuma tempat kerja aku kat depan sikit..so aku drop lah Puan Kakak Ipar kat tempat kerja beliau..sikit je lagi nak sampai dah tempat kerja dia tiba2 tong minyak ENCIK NOUVO S aku kering kontang…so tersadailah kami kat tepi jalan..nasib baiklah ada TUAN MOTOR ULAT BULU. Beliau berhenti dan menghulurkan bantuan..kami ni dok tunggu dia bawak minyak motor lama lah jugak..kesian Puan Kakak Ipar sebab dah lewat masuk kerja…nasib baik dia buat over time je hari tu..Lastly TUAN MOTOR ULAT BULU pun sampailah dengan membawa 3 botol kecil minyak motor..beliau pun mengisi perut ENCIK NOUVO S aku..then Puan Kakak Ipar pun menghulurkan sedikit penghargaan kepadanya..Lastly yang bestnya beliau telah mengeluarkan secarik kertas dari poketnya yang tertera
Anyway,
Macam2 hal lah diorang ni…walaupun diorang tahu bahawa dengan cara mereka mengorat CIK MOTOR sedemikian, mereka tidak dapat pun memperolehi CIK MOTOR.namun mereka masih nak MACHO, NAKAL, BAJET COOL HABES! ! & berperangai ULAT BULU..lebih senang cakap, usaha mereka ini adalah USELESS…macam mana lah kitorang nak tahu korang tu sapa kalau setakat lambai2 & main kejar2 naik motor dengan kitorang..ngahaha…kalau korang terus langgar je kitorang then we have to meet again for another 1 month ++ disebabkan nak naik turun mahkamah nak settle segala hal tu logik la kan ko boleh dapat CIK MOTOR..aigooooooOOO
p/s:PANDULAH DENGAN BERHEMAH....kihkihkih
baibaibai
TQ for reading >_<
Thursday, July 14, 2011
GURNEY PLAZA PENANG
ASSALAMUALAIKUM
Sempena Miss Ekin cuti bekerja semalam so beliau pergilah berjalan jalan menghabiskan masa beliau di GURNEY PLAZA PENANG. Beliau dah jadi Puan Sri tau..sebab apa? Sebab beliau telah pergi bersama Tan Sri HN…siapa tu??ahhhhh
Then melepak lah pulak kat atas ferry…Ferry pon dah karat2…mintak Tan Sri HN tukar lah nanti bila dh betul2 jadi Tan Sri…kiki
Bila dah sampai kami pon terus menuju ke Golden Screen Cinema di tingkat 7…Before tu kami bertanya dulu kat information counter di tingkat 1. Kami diberitahu GSC di tingkat 7. Kemudian secara tidak sengaja Tan Sri bertanya soalan yang Puan Sri tergelak bwahaha…
Tan Sri HN: GSC kat mana?
Akak Kaunter: tingkat tujuh
Tan Sri HN: boleh naik lift tak? *apa lah motif soalan ni*ngahaha
Akak Kaunter: naik lift boleh naik escalator pon boleh
Setelah beredar Puan Sri bertanya
Puan Sri: awat dok tanya soalan macam tu??
Tan Sri HN: Sebenarnya nak tnya dia nak naik lift mana yang dekat & senang
Kemudian agak2 dalam 15 min jugak lah kami tak jumpa2 GSC tersebut akibat asyik naik lift yang salah..akhirnya kami bertekad menaiki escalator dari tingkat 4 ke tingkat 7…sikit lagi ja Puan Sri nak bebai…huhu
Then akhirnya berjaya juga mendapat makanan yang seimbang dengan keperluan perut kami di A&W…
Akibat kelaparan Puan Sri telah membaham DOUBLE MOZZA BURGER…Puan Sri memang suka yang double2 nih…terasa macam lebih enak pulak kalau double….
Kemudian kami pun pulang dengan hati yang gembira…
p/s: Tq Tan Sri sebab bawak Puan Sri jalan2…walaupun Tan Sri kena drive jauh2 datang kat Puan Sri…
Finally Tan Sri telah menghadiahkan Encik Elmo ni kat Puan Sri sebab Puan Sri menang pertandingan "orang paling kuat bebel"…ngahaha
Wednesday, July 13, 2011
EKIN DAH MENGANDUNG
Tuesday, July 12, 2011
Sunday, July 10, 2011
Entry Sepantas Kilat
Saturday, July 9, 2011
Mari Lihat Perbezaan
ASSALAMUALAIKUM…
HAIHAIHAI…
Entry ni bertujuan untuk identify perubahan yang diperolehi oleh Miss Ekin setelah beliau bersusah payah tahu…bersusah payah watpe??Cuba tengok ni…focus kat mata k..abaikan yang lain-lain.
Brown eyes u olls….terketarketar berskala richter lapanpointtiga tahu nak buh contact lens ni..huhu…*kenapa tutup mulut??sedang menguap agaknya..biarlah dia...*
berubah bukan mata beliau?hihi...beliau sungguh gembiratidakterkata...>_<
Baibaibai….
"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"
- Sebab beliau gembiraterloncatloncat akibat tarikh tutup MEGA GA ni sama dengan tarikh beliau dilahirkan..8 OGOS...seronok sangat2 kuasa lapanpuluhlapan...hihihi....Semoga rezeki berpihak kepada Miss Ekin...amin....
- Sebab MEGA GA ni di sponsor oleh mak aih banyak naw tukang sponsor ha...tengok ni
- Scarf Sweethoney
- Wirda Azurainie.
- Droplet House
- Lens Mania
- Ayu-Raudhah Shawlstore
- Nora Nabella
- Applepinkbow
- Syafeika Edora
- pixel mania
- Wan Hazel
- Momo Chan Collection
- NHL Colloection
- Kei Seinchi
- Sya Razali
- Aimi Craft
- Habibi Hamid
- Shawl Az
- Imann Abdul
- Aan Boutique
- KZ Nabihah Boutique
- Ciktiqz Adamaya
- Tri Fa
- Kittyshawls
Friday, July 8, 2011
Baju Sanding Miss Ekin Warna PURPLE??
ASSALAMUALAIKUM
HAIHAIHAI……
Miss ekin dah nak kahwin ke cakap pasal baju sanding bagai??BILA???DI MANA??dan yang paling penting DENGAN SIAPA????????
Eh eh eh eh…Jangan salah faham…Sebenarnya Miss Ekin saja nak buat analisis sikit. Setiap kali miss ekin bergambar di atas kerusi pengantin yang atas pelamin tue mesti baju yang Miss Ekin pakai warna PURPLE…nak tengok bukti??
Ini gambor saje nak testing2 before kenduri…baju purple dah ha *maaf resolusi gambar tidak hebat*
Hari bersanding sebenar pun PURPLE jugak..walaupun pengantin laki oren kan…kikiki
Ini ke pengantin lelaki sebenar???hopefully!!*tiba2 gembiraterloncatloncat*
Tapi kan kalau gambar Miss Ekin dok kat tepi2 pelamin mesti Miss Ekin pakai baju warna lain tau…Tengok ni
Uppsss adik tu syeksyinyer…cair abang2 tengok nanti
Ha nampak tak yang baju oren dok duduk tu..Miss Ekin la tu…huhu
Yang menariknya asal Miss Ekin duduk atas kerusi kat pelamin mesti baju PURPLE….asal duduk je merempat kat bawah2 pelamin tue mesti baju wrna warni…
Kita tengok insyaALLAH 5 tahun lagi Miss Ekin pakai baju pengantin warna apa eh….hihihi
BAIBAIBAI....
TQ for reading >_<
Thursday, July 7, 2011
31-7 Birthday Giveaway!
- semoga PERSAHABATAN yang terbina akan berkekalan selamanya
- semoga kalian BERJAYA dalam apa jua yang dilakukan duniawi & ukhrawi
- semoga kalian GEMBIRA selalu...
- semoga kalian MENGHADIAHKAN GA ini kepada Miss Ekin....kikiki.....
Sling Denim Bag Giveaway
GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE
MR. DURIAN & MISS EKIN
ASSALAMUALAIKUM
Helloww semua….sekarang ni kan musim DURIAN, rambutan & manggis…Kalau dari rumah nak ke Bandaraya Metropolitan KULIM nun memang banyak sangat gerai-gerai kat tepi jalan yang menjual buah-buahan tempatan tersebut…Rasa seperti mahu berhenti di setiap gerai lalu membeli-belah buah durian ..huhu....Tapi entry ni Miss Ekin tak nak cakap pasal manggis & rambutan sebab kat rumah sudah terdapat pohon2 tersebut. Dah xlarat nak sumbat dalam perut lagi ni ha rambutan & manggis tersebut… Yang beliau nak bebel panjang ni pasal MR DURIAN.
Kat rumah takde pokok durian ni..so kalau nak makan durian kena beli la..kat rumah Miss Ekin ada 4 orang ‘hantu durian’…Encik ‘abah’, Encik’ abang chik’, Encik ‘abang mie’ dan miss ekin sendiri… Sekali santap je beres semua…kih3
Setakat sekarang ni stok durian kat rumah tak penah habis lagi..sebab Encik 'abah' asyik topup je kalau durian nak habis. Setiap hari makan 5-6 ulas durian…Kalau size buah durian tu ala ala comel kiut miut, Miss Ekin boleh habis 1 biji…huh!!dah macam makanan ruji pulak kan…
Suatu hari sedang asyik membaham durian tiba2 Encik ‘abang mie’ telah bertanya apakah khasiat durian..Menurut beliau satu2nya manfaat durian adalah supaya para pekerja boleh bercuti dari bekerja akibat mendapat MC (medical certificate) dari klinik swasta mahupun kerajaan kerana mereka memperoleh demam selesema selepas mambaham durian. Benarkah??
BENAR!!!Miss Ekin sendiri telah mengalaminya sekarang…sehari boleh habis tisu duapuluhtiga kotak akibat lelehan mucous (hingus) yang banyak…errr…sokseksoksek..haaacchhhuuumm…hacchhuummm….
Inilah akibat daripada membaham durian dengan banyaknya…Sekarang yang menjadi rutin Miss Ekin adalah 2 biji ubat KK/paracetamol, 1 biji ubat kecil warna kuning yang amat meningkatkan nafsu beliau untuk beradu & 1 sudu ubat batuk…Kemudian kroiihhhkrroooiihh beliau beradu…
p/s: doakan miss ekin cepat sembuh ye wahai sahabat2…
APA YANG DIPEROLEHI OLEH BADAN AKIBAT MEMAKAN DURIAN??
- Zat besi yang dapat membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.seterusnya dapat mengelakkan jangkitan kulat
- Kalsium (dah tak payah makan calciyum lg…hihi)
- Anti-oksidan yang dapat membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok seterusnya mengurangkan proses penuaan
- Dapat menurunkan kadar kolesterol
- Asid amino Tryptophan yang dapat mengawal tahap serotonin dalam tubuh.(Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan)
- Vitamin B, C dan E
Kesimpulannya ....marilah kita memakan durian lagi....!!yuhhhuuu
TQ for reading this entry >_<
Wednesday, July 6, 2011
Jom Join Bloglist Haris Kaito !
Tuesday, July 5, 2011
Saturday, July 2, 2011
Saya Suka BEAST/B2ST!!!
ASSALAMUALAIKUM
Haii…saye nak kongsi bersame same anda semua...
Dalam banyak2 boy band kat KOREA miss ekin paling suke BEAST/B2ST… Mula2 dulu name group diorang ni B2ST (Boys 2 Search for Top) tapi sekarang dah jadi BEAST (Boys of East Standing Tall). Diorang start menapak tahun 2009.. Lepas tu diorang terus meletup-letup macam bunga api..*melebih plak*
Kalau korang tengok goup members diorang sume 'someyl2' lah...tambah2 si YOSEOB tue..baby face tahu...mesti korang rase nak genggam pipi dia seraya bermonolog di dalam diri "anyonyonyo comelnye...geram dek non"....kikiki...
Ni plak xde make up..jom kita gelakkan mereka…huwa3….*still comel hape*
Diorg ni dah ade banyak album..Ni die senarai album bersama dengan lagu yang meletop dalam album tu:
- Beast Is The B2STà BAD GIRL
- Shock of Then New EraàSHOCK
- MastermindàBREATH (SOOM)
- Lights Go On Againà BEAUTIFUL
- Fiction And FactàFICTION
*kalau u olls nak tengok klip2 video diorang klik kat tajuk lagu k…memang syok la!!
Last but not least…tolong lah tengok jugak klip video ni:
kenape tetibe??
Kita kena lah jugak sokong industri tanah air kan….diorang ni pon menari nari jugak...kikiki....GO GO!!
Semangat 1 MALAYSIA kah begini??hahaha….