ASSALAMUALAIKUM
Helloww semua….sekarang ni kan musim DURIAN, rambutan & manggis…Kalau dari rumah nak ke Bandaraya Metropolitan KULIM nun memang banyak sangat gerai-gerai kat tepi jalan yang menjual buah-buahan tempatan tersebut…Rasa seperti mahu berhenti di setiap gerai lalu membeli-belah buah durian ..huhu....Tapi entry ni Miss Ekin tak nak cakap pasal manggis & rambutan sebab kat rumah sudah terdapat pohon2 tersebut. Dah xlarat nak sumbat dalam perut lagi ni ha rambutan & manggis tersebut… Yang beliau nak bebel panjang ni pasal MR DURIAN.
Kat rumah takde pokok durian ni..so kalau nak makan durian kena beli la..kat rumah Miss Ekin ada 4 orang ‘hantu durian’…Encik ‘abah’, Encik’ abang chik’, Encik ‘abang mie’ dan miss ekin sendiri… Sekali santap je beres semua…kih3
Setakat sekarang ni stok durian kat rumah tak penah habis lagi..sebab Encik 'abah' asyik topup je kalau durian nak habis. Setiap hari makan 5-6 ulas durian…Kalau size buah durian tu ala ala comel kiut miut, Miss Ekin boleh habis 1 biji…huh!!dah macam makanan ruji pulak kan…
Suatu hari sedang asyik membaham durian tiba2 Encik ‘abang mie’ telah bertanya apakah khasiat durian..Menurut beliau satu2nya manfaat durian adalah supaya para pekerja boleh bercuti dari bekerja akibat mendapat MC (medical certificate) dari klinik swasta mahupun kerajaan kerana mereka memperoleh demam selesema selepas mambaham durian. Benarkah??
BENAR!!!Miss Ekin sendiri telah mengalaminya sekarang…sehari boleh habis tisu duapuluhtiga kotak akibat lelehan mucous (hingus) yang banyak…errr…sokseksoksek..haaacchhhuuumm…hacchhuummm….
Inilah akibat daripada membaham durian dengan banyaknya…Sekarang yang menjadi rutin Miss Ekin adalah 2 biji ubat KK/paracetamol, 1 biji ubat kecil warna kuning yang amat meningkatkan nafsu beliau untuk beradu & 1 sudu ubat batuk…Kemudian kroiihhhkrroooiihh beliau beradu…
p/s: doakan miss ekin cepat sembuh ye wahai sahabat2…
APA YANG DIPEROLEHI OLEH BADAN AKIBAT MEMAKAN DURIAN??
- Zat besi yang dapat membantu sel darah putih menghasilkan kimia semulajadi membunuh jangkitan.seterusnya dapat mengelakkan jangkitan kulat
- Kalsium (dah tak payah makan calciyum lg…hihi)
- Anti-oksidan yang dapat membantu memperlahankan kemusnahan sel-sel kesan dari radikal bebas seperti pencemaran udara dan asap rokok seterusnya mengurangkan proses penuaan
- Dapat menurunkan kadar kolesterol
- Asid amino Tryptophan yang dapat mengawal tahap serotonin dalam tubuh.(Serotonin adalah hormon yang memberikan ketenangan dan keceriaan serta penawar insomnia. Mereka yang kurang serotonin selalunya tidak dapat mengawal emosi, sering marah dan menghadapi tekanan perasaan)
- Vitamin B, C dan E
Kesimpulannya ....marilah kita memakan durian lagi....!!yuhhhuuu
TQ for reading this entry >_<
No comments:
Post a Comment