Monday, July 25, 2011

BEGEDIL AYAM

ASSALAMUALAIKUM

Haihaihai…

Kembali lagi dalam rancangan MASAK MEMASAK BERSAMA PUAN SRI EKIN…. Eh tiba2 penah ada rancangan pulak…ngehihihi…

Hari ni tiba2 teringin nak makan begedil…Semangat naw bangun awal nak masak ni..Tersedar dari tidur pukul 7.45 pagi tadi terus suruh Puan Emak rebus ubi kentang & ayam.Kemudian sambung tidur balik…Selalunya bangun nak pergi kerja pukul 9 sebab masuk kerja pukul 10..Pantas kan Puan Sri bersiap…>_<

Bila ubi kentang & ayam dah siap Puan Emak pun kejutkan Puan Sri bangun..So bermulalah aktiviti untuk hari ini..

BAHAN-BAHAN:



4 biji ubi kentang

Ayam

(nak letak banyak mana pun lantaklah..asal sedap…nak senang boleh je letak daging ayam yang orang buat burger tu..x payah nak susah2 hancurkan sebab dah hancur)

1 biji bawang besar

2 ulas bawang putih

1 sudu lada sulah

1/3 cawan tepung beras

Bawang goreng

Daun sup

(x letak pun sebab xde..tapi kalau letak agi umpph)

1 biji telur

Garam

CARA-CARA:

  • Rebus ubi kentang & ayam sampai empuk. Bila dah siap kemudian hancurkan. Boleh lenyek2 guna apa2 je yang korang rasa patut.. ayam tadi Puan Sri masukkan dalam lesung batu & tumbuk je smpai hancur..Kalau guna daging ayam RAMLY pon boleh..


Inilah ghupe ubi kentang & ayam yang dah dihancurkan

  • Kemudian masukkan bawang besar & bawang putih yang dah dihiris halus (gambar 1), lada sulah (gambar 2), tepung beras (gambar 3), bawang goreng (gambar 4), daun sup, dan garam. Kemudian gaulkan.

  • Pecahkan telur dan ambil kuning telur & masukkan dalam adunan. Putih telur boleh digunakan utuk mencelup begedil sebelum digoreng.


*tepung beras & kuning telur adalah untuk keraskan begedil tadi supaya x hancur sewaktu goreng dan memudahkan untuk mengepal begedil. Tengok haa..


  • Kemudian celupkan begedil ni dalam putih telur dan goreng..

Tarraaaa! ! dah siap….

nampak macam cempedak goreng pun ada..puahaha...tak apo lah...asal sodap..

SELAMAT MENCUBA

TQ for reading >_<

2 comments:

aamalinaazman said...

cedaaaaapnye!
suke sangat!
heheh
>___<

ekin tajudin said...

cubalah buat pulak sis aimie..>_<