Saturday, October 1, 2011

The Journey Continues

Assalamualaikum

Entry ni is the continuation of the previous entry yang The Journey To Be A Dentist tu. Semoga entry2 macam ni akan menjadi inspirasi kepada adik2 yang tak tahu hala tuju masing2 kan. Sometimes ada adik2 yang ragu2 dengan cita2 masing2.Kejap nak jadi doctor la engineer la model la.Eh tetibe model plak.huu. Mana lah tau tiba2 adik2 berminat nak jadi Dentist sebab tertarik dengan entry2 kat blog akak Ekin ni ke.hee...Dentistry is so interesting tahu!!?
>_<

Miss Ekin lebih seronok berada di Prostho Lab & Clinic jika dibandingkan dengan berada di dalam kelas mendengar lecture. Yelah benda2 praktikal ni kan best sebab tak menyempat pun nak rasa mengantuk.Kalau dalam kelas tu kemain lagi hangguk kepala atas bawah tau.hee

Kat Prostho Lab we all sedang construct complete denture. Sekarang dah sampai level Master Cast dah. Master cast ni dibuat daripada material yang dipanggil Stone. Same macam Primary Cast yang dibuat dari Plaster of Paris tu. Cume kaler je lawa sikit which is hijau.ngee


:: Ni lah master cast. Lepas ni ade banyak lagi step yang perlu dibuat sebelum jadi gigi palsu ::

:: err lawa kan hard disc Miss Ekin?eh tak la..>_<::

Then kat dalam Clinic pulak sedang buat practical on Cavity Preparation. cavity prepearation ni perlu dibuat sebelum tampalan pada gigi yang berlubang. So kena lah buat Cavity ni elok2 untuk buang part2 yang tak elok & untuk smooth kan wall & floor die.

We all kene practice kat gigi sebenar tau. Gigi2 sebenar tu telah diambil dari klinik2 gigi berhampiran. Kemudian di tanamkan di dalam Plaster of Paris macam yang kat bawah ni. So senang skit buat keje.

:: Hah inilah ghupernye. Lepas ni kena guna Handpieces & Bur untuk buat cavity::

Kenapa ada 6 batang gigi?
Sebab kena practice macam2 bentuk cavity ni tau.Ada yang round la yang.......alah taktau lah nak explain cemana.aduh..pokoknya ada macam2 bentuk lah ye kawan2..ngee


:: inilah dia bakal dentist yang sedang having fun buat cavity preparation beliau. Left handed person yang sangat tekun menggunakan right hand nya sebab dental unit kat sini takde for left handed person..Soobbs::

So itulah dia aktiviti2 sepanjang minggu lepas.The upcoming week pulak mesti ade lagi benda2 menarik yang akan dilakukan. Insyallah i'll update on the next weekend .kiki.

1 comment:

MiszCoMoT said...

ekin..aku xsuka dokter gigi..coz ketaq ja tgk..huhuu tapi aku tetap syg ang..:P